Tuesday, June 14, 2011

KURSUS ANJURAN MGB GOMBAK

Pada hari ini , 14hb Jun 2011 Majlis Guru Besar Daerah Gombak  menganjurkan kursus seminar kecemerlangan UPSR 2011 yang disasarkan kepada semua penyelaras tahun  6 dan dua org murid tahun 6 yang memperolehi 5A dalam Peperiksaan Percubaan Daerah pada 21 hingga 29 Jun lalu. Kursus ini diadakan di Pusat Latihan SK Taman Prima dan berjalan serentak. Guru-guru di bilik Mesyuarat SK Taman Prima dan murid-murid mengikuti kursus tersebut di Dewan Latihan.

Urusetia yang terdiri daripada  beberapa Guru Besar yang di bahagikan seperti berikut ;

Kursus untuk Guru-guru

En Mohamad Alwan b. Ginen           - GB SK Hulu Kelang
Haji Zulkifli b. Hainin                        - GB SK Sg. Buloh
Marinah bt Bawan                             - GB SK Gombak 1
Siti Sarbanon bt Mohammad Amin    - GB SK Seri Kundang
Rosman b. Mansor                            - GB SK Bandar Tasik Puteri
Daunah bt. Sitam                               - Gb SK taman Seri Gombak 2

Kursus untuk murid-murid urusetia adalah :
Zaini bt. Mohd Amin            -GB SK Gombak2
Rohaya bt. Abu Samah        - GB SK Melawati 1
Majid b. Madon                  -GB Bukit Rahman Putra
Jamilah Abd Rahman           -GB SK Taman Bukit Indah
Mohd Kamil b. Saadan        -GB SK Taman Selayang 1

Seminar kecemerlangan ini dirasmikan oleh Pn Chong Mei Yook pegawai dari Unit Pengurusan Akademik
Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Di dalam ucapan beliau , mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kesungguhan yang diusahakan oleh MGB untuk mengelolakan kurus ini . Kursus ini sudah tentu memberi manfaat yang besar ertinya kepada para peserta khasnya dan PPD amnya.

Penceramah Jemputan untuk kursus murid-murid di sampaikan oleh En Mohd Fadli bin Aziz daripada Majlis BukUu Kebangsaan dan En. Abd Malik Guru Sains dari SK Gombak 1.Manakala Kursus untuk guru disampaikan oleh Pn Daunah bt Sitam untuk menjelaskan tentang kertas Bahasa Inggeris dan Pn Amelia , penolong pegawai daripada PPD.

 Fail-fail untuk peserta ditajakan oleh Syarikat Ana Muslim dan setiap murid dibekalkan dengan buku komik Ana Muslim di mana antara kandungannya adalah tip-tips untuk UPSR.

Kursus untuk kedua guru dan murid-murid tamat pukul satu tengahari dan pengerusi MGB En. Mohamad Alwan b. Ginen berkenan untuk menyampaikan cenderahati kepada semua penceramah sebagai rasa penhargaan MGB di atas kesudian mereka memberi ilmu dan memotivasikan para pelajar dan guru-guru yang hadir.

Semua peserta kursus diberi sarapan pagi dan makan tengahrari. Kursus berjalan lancar.
(Gambar-gambar Ehsan daripada En Majid Madon akan diupload kemudian .terima kasih)

No comments:

Post a Comment