Sunday, October 17, 2010

KURSUS KSSR

Pada 4,5 dan 6hb Okt. lalu MGB dan PPD Gombak telah menganjurkan kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah bertempat di Hotel Sri Costa Melaka.Kursus bertujuan mendedahkan perlaksaan KSSR kepada semua Guru Besar Daerah Gombak, Guru Besar yang tidak dapat hadir dikehendakki menghantar wakil agar maklumat dan pengisian kursus dapat disampaikan secara menyeluruh.

Bertolak dari PPD Gombak jam 8.00 pagi 4hb Okt menaiki bus, semua ahli dibawa melawat ke Sekolah SK Sri Duyung. Kami disambut dengan penuh meriah oleh GB dan warga Sri Duyung. Setelah mendapat taklimat dari GB SK Sri Duyung, kami semua dibawa melawat ke seluruh kawasan sekolah. Sangat membanggakan apa yang terdapat dan ada disekolah ini. Kami juga dijamu makan tengahari dengan lauk asam pedas Melaka yang sangat istemewa diseng seli dengan persembahan oleh murid-murid Pra sekolah.

Kemudian kami check in Hotel pukul 2 tengahari dan malam nya kami mengadakan brainstorming supaya lebih mengenali rakan sejawat terutamanya pada GB ynag baru berkhidmat
2 Hari berikutnya kami di beri kursus oleh pihak PPK dengan memberi pengetahuan tentang elemen-elemen yang serius patut diimplementasikan dalam KSSR

Penceramah jemputan dari PPK antaranya Pn Normala, PnSharifah. Tn Hj Azman yang telah menyampaikan slot mereka dengan penuh semangat,

MGB juga mengambil kesempatan meraikan GB Yang akan bersara seramai 3 orang sepanjang Okt hingga Dec termasuk 2 orang pegawai dari PPD. Pn Dayang (Pegawai PPD) telah sudi hadir dan membuat ucapan Perasmian Penutupan serta menyampaikan sijil kepada pesahati kepada serta dan memberi cenderahati kepada GB dan Pegawai PPD yang bersara.

Kursus ini adalah kursus yang pertama dianjurkan di Malaysia. Syabas dan terima Kasih

Tuesday, April 20, 2010

Wednesday, March 10, 2010

Suasana Mesyurat Agung MGB Gombak ke 14


SEKITAR MESYUARAT AGUNG MGB GOMBAK KE 14

  9hb Mac 2010 bertempat di dewan Lumut, Hotel Vistana telah berlangsung Mesy. Agung MGB ke 14. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pengerusi MGB -En. Mohd Alwan b.Ginen memberi penerangan tentang tugas dan saranan-saranan berguna dalam menjalankan tugas sebagai pentadbir sekolah untuk dikongsi bersama. Naib Pengerusi-En Zulkifli Hainin pula mengupas dan memberi input-input mengenai aktiviti2 MGB bagi tahun 2010 antaranya Lawatan sambil belajar (benchmarking) ke beberapa buah sekolah di Sabah dan lawatan' Jauh berjalan luas pengetahuan' ke Phuket Bangkok.
   Mesyuarat Agung berjalan lancar dengan membawa perbincangan beberapa usul.  Tepat pukul 10.30 pagi Pn Dayang Fatimah bt. Abang Narudin telah tiba ke lokasi Mesy. Beliau telah memberi ucapan perasmian yang sangat berkesan untuk tindakan semua GB antaranya agenda pendidikan dalam NKRA. Beliau mengupas tentang peranan GB untuk melaksanakan program LINUS. Beliau juga sangat serius menyentuh tentang kearah pengurusan kewangan dan aset yang lebih baik dengan mengikut prosedur dan tatacara yang diberi oleh Kem.Pelajaran. Ucapan beliau juga menyentuh tentang bagaimana GB perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan semua pelanggan samada guru,murid,ibubapa dan komuniti setempat dengan cara komunikasi yang berkesan dan cara penuh berhemah dan mempertingkatkan tahap kesabaran.

Majlis ini juga memberi peluang kepada GB yang akan bersara pada bulan Mei ini iaitu Gb SK Sg Kertas- Pn Siti Norshidah Hasbullah memberi ucapan. Pn Dayang telah sudi meyampaikan cenderahati kepada AJK MGB 2008-2010 serta GB yang telah memperolehi Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan drp beberapa Universiti dibawah Program Pengsiswazahan GB. GB SK Gombak Utara Pn Yusasima telah di uarkan sebagai GB yang pertama dinaikkan ke Gred DGA 44 di Daerah Gombak.
  Pn Dayang telah juga sudi melancarkan Persembahan Multimedia sempena pelancaran Blog MGB -" BERSAMA MAJLIS DAERAH GOMBAK" Akhir sekali semua ahli dan tetamu menjamu selera di dewan makan Hotel. Terima Kasih.
                                                                                                                  Berita dari Jamilah abd Rahman





Tuesday, February 23, 2010

Bismillahirahmanirahim.
Asalamualaikum wmt.wbkt.
Salam Sejahtera , Salam Perpaduan serta Salam Satu Malaysia.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita dikurniakan rezeki untuk bertemu di alam siber yang serba canggih ini. Kini Majlis Guru Besar Daerah Gombak dapat mengemakini maklumat dan berinteraksi tanpa sempadan. Semua ahli berpeluang mendapatkan maklumat terkini khususnya tentang aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan

Sehingga kini seramai 21 orang Guru Besar di Daerah Gombak telah pun dilantik ke Gred DG41 di mana 3 orang telah pun berada di zon DG44 time based. Sementara itu 3 orang lagi sedang berada di tahun akhir program pensiswazahan. Disamping itu seramai 11 orang Guru Besar telah diberi pengiktirafan sebagai Guru Besar Besar Cemerlang Gred DGA38. Sesungguhnya ini membuktikan bahawa Guru Besar masih berada di barisan hadapan untuk dicontohi dalam usha meningkatkan tahap professionalisme masing-masing meskipun ada segelintir yang akan mengakhiri tempoh perkhidmtan tidak berapa lama lagi.

Di samping rutin tugasan harian dan program-program kecemerlangan sekolah MGB Daerah Gombak sentiasa prihatin untuk membantu para Guru Besar mengurangkan stress kesan beban tugas. Antara kaedahnya ialah menganjurkan siri lawatan kerja dalam negara dan lawatan sosial ke luar negara. Di samping merehatkan minda kita juga dapat menimba pengalaman. Bak kata pepatah ’Jauh berjalan luas pandangan’.

Akhir kata marilah terus memberi sokongan kepada Jawatankuasa yang telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk menerajui kepimpinan MGB Gombak. Masih banyak agenda yang telah dirancang untuk meningkatkan keberkesanan kepimpinan Guru Besar khususnya di daerah kita ini. Matlamat perjuangan MGB bukan sahaja untuk menjaga kepentingan kebajikan ahli tetapi akan menjadi tonggak kepada apa jua agenda pendidikan negara. Justru itu kita bergabung dengan MGB kebangsaan dan negeri menyokong dan mendokong apa jua dasar-dasar pendidikan negara.

Salam Hormat , Salam Mesra dan Terima kasih
MOHAMAD ALWAN BIN GINEN
(Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Gombak)

Thursday, February 11, 2010

Cadangan tarikh/tempat Mesyuarat MGB Gombak 2010

2 Jan           - SK Sungai Buluh 
25 Feb        - SK Hulu Kelang      
7.April        - SK Gombak 2         
19 Mei        -SK Sungai Pusu      
1 July          -SK Lembah Keramat
4. Aug         -SK Taman Melawati
22.Sept       -SK Taman Melawati2
28 Oct        -SK Bukit Rahman Putra 
25. Nov      -SK Taman Permata      
15. Dec       -SK Selayang Jaya         



AHLI JAWATAN KUASA MGB GOMBAK 2008-2010

PENGERUSI
En. Mohd Alwan b. Ginen (GB SK Hulu Kelang)
NAIB PENGERUSI
En. Mohd Zulkifli b. Hainin (GB SK Sg. Buloh)
SETIAUSAHA
Pn. Zaini bt. Mohd Amin (GB SK Gombak 2)
PENOLONG SETIAUSAHA
Pn. Khasanah bt. Ibrahim (GB SK Klang Gate)
BENDAHARI
Pn. Rohaya bt. Abu Samah (GB SK TMN. Melawati 1)
AHLI JAWATANKUASA
Pn. Siti Sarbanon Mohd Amin(GB SK Sri Kundang)
Pn. Noraini Din (GB SK Tmn Permata)
Pn. Ruhayah Abd. Rahman (GB SK Tmn Melawati 2)
Pn. Jamilah Abd Rahman (GB SK Selayang Jaya)
Pn. Yus Asima bt. Man (GB SK Gombak Utara)
En. Majid Madon (GB SK Bukit Rahman Putra)
En. Mohd Yatim b. Dolir (GB SK Lembah Keramat)
En. Abdul Wahab b. Sulaiman (GB SK Sg. Pusu)
En Shaharuddin Mohd Shah (GB SK Selayang Utama)
En. Baharom (GB SK Tasik Puteri 2)

Tuesday, February 9, 2010

Selamat datang ke blog Majlis Guru Besar Daerah Gombak

Hari ini bersamaan 9hb Febuari 2010 maka terlakarlah sejarah- Blog Majlis Guru Besar Daerah Gombak diwujudkan. Ini adalah langkah positif yang dilakukan oleh MGB GOMBAK memandangkan banyak informasi, berita, perbincangan serta bertukar-tukar fikiran, kisah, semangat dan dorongan boleh dimanfaatkan melalui blog ini. MGB GOMBAK belum lagi memilih tema atau ciri tertentu untuk perjalanan blog ini tetapi memadailah dengan ucapan assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Semoga semua pengunjung blog yang melayari blog ini dapat diberi manfaat dan memberi manfaat kepada profesion perguruan kita dan semoga segala apa yang dipaparkan dapat memantapkan tugas kita sebagai pengurus sekolah. Terima Kasih serta Ah lan wah sahlan..