Tuesday, February 23, 2010

Bismillahirahmanirahim.
Asalamualaikum wmt.wbkt.
Salam Sejahtera , Salam Perpaduan serta Salam Satu Malaysia.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita dikurniakan rezeki untuk bertemu di alam siber yang serba canggih ini. Kini Majlis Guru Besar Daerah Gombak dapat mengemakini maklumat dan berinteraksi tanpa sempadan. Semua ahli berpeluang mendapatkan maklumat terkini khususnya tentang aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan

Sehingga kini seramai 21 orang Guru Besar di Daerah Gombak telah pun dilantik ke Gred DG41 di mana 3 orang telah pun berada di zon DG44 time based. Sementara itu 3 orang lagi sedang berada di tahun akhir program pensiswazahan. Disamping itu seramai 11 orang Guru Besar telah diberi pengiktirafan sebagai Guru Besar Besar Cemerlang Gred DGA38. Sesungguhnya ini membuktikan bahawa Guru Besar masih berada di barisan hadapan untuk dicontohi dalam usha meningkatkan tahap professionalisme masing-masing meskipun ada segelintir yang akan mengakhiri tempoh perkhidmtan tidak berapa lama lagi.

Di samping rutin tugasan harian dan program-program kecemerlangan sekolah MGB Daerah Gombak sentiasa prihatin untuk membantu para Guru Besar mengurangkan stress kesan beban tugas. Antara kaedahnya ialah menganjurkan siri lawatan kerja dalam negara dan lawatan sosial ke luar negara. Di samping merehatkan minda kita juga dapat menimba pengalaman. Bak kata pepatah ’Jauh berjalan luas pandangan’.

Akhir kata marilah terus memberi sokongan kepada Jawatankuasa yang telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk menerajui kepimpinan MGB Gombak. Masih banyak agenda yang telah dirancang untuk meningkatkan keberkesanan kepimpinan Guru Besar khususnya di daerah kita ini. Matlamat perjuangan MGB bukan sahaja untuk menjaga kepentingan kebajikan ahli tetapi akan menjadi tonggak kepada apa jua agenda pendidikan negara. Justru itu kita bergabung dengan MGB kebangsaan dan negeri menyokong dan mendokong apa jua dasar-dasar pendidikan negara.

Salam Hormat , Salam Mesra dan Terima kasih
MOHAMAD ALWAN BIN GINEN
(Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Gombak)

No comments:

Post a Comment