Bertempat di Dewan Latihan PPD Gombak di SK Taman Prima, hari ini 15hb Jun 2011 diadakan mesyuarat Kurikulum, yang dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak. Pn. Dayang Fatimah bt Abang Nurudin dan beberapa pegawai daripada Unit pengurusan Akademik, Pn Chong, semua pegawai LINUS PPD dan pegawai dari Unit Peperiksaan, En Rashid.
Sudah semestinya mesyuarat membincangkan tentang perjalanan dan pengurusan LINUS di sekolah-sekolah dengan membincangkan dapatan dan analisa dari data saringan 4 dan saringan 1 bagi murid-murid tahun 1 dan 2.
Apa yang sangat menarik dan berkesan adalah Pn Dayang Fatimah membentangkan secara menyeluruh tentang buku " Haluan Kerja Pendidikan' oleh KPPM.Buku ini perlu rasanya dimiliki oleh semua guru-guru kerana kandungannya memberi panduan, cara dan memotivasikan semua warga di Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan dan meneruskan agenda pendidikan demi kemenjadian murid dan pelajar.
Antara yang sangat mengesankan dan menyentuh semangat adalah: Untuk memanifestasikan 1 Malaysia:

- Wahana yang paling berguna ialah persekolahan
- Alat yang paling berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran
- Medium yang paling berkesan ialah kurikulum dan kokurikulum
- Penggeraknya tiada lain kecuali pendidik dan kaum guru.
Buku yang mengandungi 123 muka surat ini banyak menyentuh bagaimana mengangkat profesionalime guru dengan mengulas " Watak seorang guru" " Profesional guru mengajar murid berfikir' ' Guru belajar sepanjang hayat' kebanyakan perkara -perkara tersebut dkupas di dalam Bab 4.
Di samping itu mesyuarat kali ini juga membentang satu rancangan PPD bagi meningkatkan pecapaian kurikulum secara menyeluruh dengan program SMART gtp ialtu Sentiasa Merentasi Rancangan Aliran Terkini ( Gombak Transformation Program). Pn Amelia bt Min mengupas tentang SMART satu idea, Smart PIBG, SMART go beyond, SMART ayah dan ibu, SMART learning techniques, SMART answering techniques, SMART Sedar, SMART PPD pecutan Terakhir
Meyuarat juga menumpukan analisa dan post mortem peperiksaan pertengahan tahun berdasarkan headcount. tiga buah sekolah membentangkan pecapaian sekolah masing-masing dan PPD mengharapakn semua sekolah cuba memantapakan pencapaian UPSR dengan sasaran JPS supaya semua sekolah berjaya mencapai GPS sekurang-kurangnya 2.20
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tgh.
Pn Dayang Fatimah mengucapkan berbanyak Terima Kasih di atas komitmen dan kerjasama yang diberi oleh semua Guru Besar untuk semua program kurikulum, kokurikulum dan apa saja yang mengharumkan Daerah Gombak