Tuesday, February 23, 2010

Bismillahirahmanirahim.
Asalamualaikum wmt.wbkt.
Salam Sejahtera , Salam Perpaduan serta Salam Satu Malaysia.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita dikurniakan rezeki untuk bertemu di alam siber yang serba canggih ini. Kini Majlis Guru Besar Daerah Gombak dapat mengemakini maklumat dan berinteraksi tanpa sempadan. Semua ahli berpeluang mendapatkan maklumat terkini khususnya tentang aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dan yang akan dilaksanakan

Sehingga kini seramai 21 orang Guru Besar di Daerah Gombak telah pun dilantik ke Gred DG41 di mana 3 orang telah pun berada di zon DG44 time based. Sementara itu 3 orang lagi sedang berada di tahun akhir program pensiswazahan. Disamping itu seramai 11 orang Guru Besar telah diberi pengiktirafan sebagai Guru Besar Besar Cemerlang Gred DGA38. Sesungguhnya ini membuktikan bahawa Guru Besar masih berada di barisan hadapan untuk dicontohi dalam usha meningkatkan tahap professionalisme masing-masing meskipun ada segelintir yang akan mengakhiri tempoh perkhidmtan tidak berapa lama lagi.

Di samping rutin tugasan harian dan program-program kecemerlangan sekolah MGB Daerah Gombak sentiasa prihatin untuk membantu para Guru Besar mengurangkan stress kesan beban tugas. Antara kaedahnya ialah menganjurkan siri lawatan kerja dalam negara dan lawatan sosial ke luar negara. Di samping merehatkan minda kita juga dapat menimba pengalaman. Bak kata pepatah ’Jauh berjalan luas pandangan’.

Akhir kata marilah terus memberi sokongan kepada Jawatankuasa yang telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk menerajui kepimpinan MGB Gombak. Masih banyak agenda yang telah dirancang untuk meningkatkan keberkesanan kepimpinan Guru Besar khususnya di daerah kita ini. Matlamat perjuangan MGB bukan sahaja untuk menjaga kepentingan kebajikan ahli tetapi akan menjadi tonggak kepada apa jua agenda pendidikan negara. Justru itu kita bergabung dengan MGB kebangsaan dan negeri menyokong dan mendokong apa jua dasar-dasar pendidikan negara.

Salam Hormat , Salam Mesra dan Terima kasih
MOHAMAD ALWAN BIN GINEN
(Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Gombak)

Thursday, February 11, 2010

Cadangan tarikh/tempat Mesyuarat MGB Gombak 2010

2 Jan           - SK Sungai Buluh 
25 Feb        - SK Hulu Kelang      
7.April        - SK Gombak 2         
19 Mei        -SK Sungai Pusu      
1 July          -SK Lembah Keramat
4. Aug         -SK Taman Melawati
22.Sept       -SK Taman Melawati2
28 Oct        -SK Bukit Rahman Putra 
25. Nov      -SK Taman Permata      
15. Dec       -SK Selayang Jaya         



AHLI JAWATAN KUASA MGB GOMBAK 2008-2010

PENGERUSI
En. Mohd Alwan b. Ginen (GB SK Hulu Kelang)
NAIB PENGERUSI
En. Mohd Zulkifli b. Hainin (GB SK Sg. Buloh)
SETIAUSAHA
Pn. Zaini bt. Mohd Amin (GB SK Gombak 2)
PENOLONG SETIAUSAHA
Pn. Khasanah bt. Ibrahim (GB SK Klang Gate)
BENDAHARI
Pn. Rohaya bt. Abu Samah (GB SK TMN. Melawati 1)
AHLI JAWATANKUASA
Pn. Siti Sarbanon Mohd Amin(GB SK Sri Kundang)
Pn. Noraini Din (GB SK Tmn Permata)
Pn. Ruhayah Abd. Rahman (GB SK Tmn Melawati 2)
Pn. Jamilah Abd Rahman (GB SK Selayang Jaya)
Pn. Yus Asima bt. Man (GB SK Gombak Utara)
En. Majid Madon (GB SK Bukit Rahman Putra)
En. Mohd Yatim b. Dolir (GB SK Lembah Keramat)
En. Abdul Wahab b. Sulaiman (GB SK Sg. Pusu)
En Shaharuddin Mohd Shah (GB SK Selayang Utama)
En. Baharom (GB SK Tasik Puteri 2)

Tuesday, February 9, 2010

Selamat datang ke blog Majlis Guru Besar Daerah Gombak

Hari ini bersamaan 9hb Febuari 2010 maka terlakarlah sejarah- Blog Majlis Guru Besar Daerah Gombak diwujudkan. Ini adalah langkah positif yang dilakukan oleh MGB GOMBAK memandangkan banyak informasi, berita, perbincangan serta bertukar-tukar fikiran, kisah, semangat dan dorongan boleh dimanfaatkan melalui blog ini. MGB GOMBAK belum lagi memilih tema atau ciri tertentu untuk perjalanan blog ini tetapi memadailah dengan ucapan assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Semoga semua pengunjung blog yang melayari blog ini dapat diberi manfaat dan memberi manfaat kepada profesion perguruan kita dan semoga segala apa yang dipaparkan dapat memantapkan tugas kita sebagai pengurus sekolah. Terima Kasih serta Ah lan wah sahlan..